Pemendekan simbol-simbol asas ini bertujuan untuk memudahkan dan mempercepatkan kelajuan pemikiran anda, bolehlah anda buat dan amalkan sendiri dengan syarat pemendekan-pemendekan tersebut tidak bertembung dengan mana-mana simbol matematik lain kerana ia boleh mengelirukan. Misalnya, oleh kerana sebutan 'TO' telah diberi kepada nombor 10, maka simbol untuk tolak (-) janganlah diberi sebutan 'TO' lagi. Sebutan 'LAK' juga tidak dapat diberi kepada simbol tersebut kerana 'LAK' telah diberi kepada simbol nombor 98. Sebab itu kita beri sebutan 'MI' untuk tolak (-), di mana sebutan MI tersebut diambil daripada singkatan MINUS dalam bahasa Inggeris.
Bagaimanapun harus diingatkan bahawa tidak semestinya semua simbol matematik perlu dipendekkan sebutannya. Bagi simbol-simbol yang jarang anda temui dalam pemikiran matematik harian, mungkin lebih baik tak perlu dipendekkan. Kesan kelancaran pemikiran menggunakan sebutan-sebutan dipendekkan ini, akan anda mungkin dirasai selepas sebutan tersebut sebati dengan minda anda. Bagi simbol-simbol yang disenaraikan berikut ini, mungkin kita dapat rnenggunakan pemendekan sebagaimana diberikan keharmonian dan keindahan berkomunikasi bagi semua pengamal Mokhdar.
|
Simbol |
Kependekkannya |
|
+ |
ba; bah |
|
- |
mi |
|
X |
da; dar |
|
÷ |
gi |
|
= |
samangan |
|
> |
bihda (singkatan . lebih daripada. ) |
|
< |
rangda (singkatan . kurang daripada. ) |
|
A² |
A sa/saw (sa/saw singkatan kuasa dua) |
|
33 |
Ga sag (sag singkatan kuasa tiga) |
|
45 |
Pa sam (sam singkatan kuasa lima) |
|
² √ |
CAW (singakatan daripada punca kuasa dua) |
|
³√ |
CAP (singakatan daripada punca kuasa tiga) |