(About Me) (My Profession) (News & Media) (Prayer Time)
(Visit Kelantan)
(MIDI Collections) (Basic HTML) (Local Fruits) (Recipies) (Home)
Buat renungan...
Ali Karramallahu Wajhah berkata: "Aku masuk di rumah Nabi SAW berserta Fatimah lalu aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedu, kemudian aku berkata: "Tebusan tuan adalah ayahku dan ibuku, hai Rasulullah! Apa yang membuat tuan menangis? Baginda bersabda: Hai Ali! Pada malam aku diangkat ke langit aku melihat kaum wanita dari umatku diseksa di neraka dengan macam-macam seksa, lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku lihat.
Aku melihat perempuan yang digantung dengan rambutnya serta mendidih otaknya dan aku melihat wanita yang digantungkan dengan lidahnya sedangkan air panas dituangkan pada tengkoraknya dan aku melihat perempuan yang benar-benar diikat kedua kakinya sampai kedua payudaranya dan diikat kedua tangannya sampai ubun-ubunnya dan Allah mengerahkan ular dan kala jengking untuk menyengatinya. Dan aku melihat seorang wanita yang berkepala babi dan bertubuh keldai dan ia ditimpakan dengan sejuta seksaan. Dan aku melihat seorang wanita berbentuk anjing danapi masuk ke dalam mulutnya dan keluar dari duburnya dan malaikat memukul kepalanya dengan palu-palu besar dari neraka."
Lalu Fatimah r.anha berdiri dan berkata: "Wahai kekasihku dan kasih mataku! Perbuatan apakah yang dilakukan oleh mereka hingga ditimpa seksa ini?
Maka Nabi SAW bersabda: Wahai anakku! Adapun perempuan yang digantung dengan rambutnya kerana iatidak menutupi rambutnya dari pandangan kaum lelaki yang lain. Adapun wanita yang digantung dengan lidahnya kerana ia telah menyakiti suaminya. Adapun perempuan yang digantung dengan kedua payudaranya kerana ia telah mempersilakan orang lain untuk menginjak tempat tidur suaminya. Adapun wanita yang diikat kedua belah kakinya sampai kedua payu daranya dan diikat kedua tangannya sampai ke ubun-ubunnya dan Allah mengerahkan ular-ular untuk menggigitnya dan kala jengking untuk menyengatinya kerana ia tidak mandi junub setelah haid dan ia meninggalkan solat.
Ada pun wanita yang berkepala babi dan berbadan keldai itu kerana ia suka mengadu domba dan pembohong. Adapun wanita yang berbentuk anjing dan api masuk dari mulutnya dan keluar dari duburnya, kerana ia seorang penghasut. Wahai anakku! Celaka bagi wanita yang tidak berbakti kepada suaminya. Al-hasil bahawa seorang suami bagi isteri adalah bagaikan ayah bagi seorang anak keran taatnya seorang anak kepada ayahnya dan memohon keredhaannya adalah wajib dan seorang suami tidak wajib mentaati isteri.