(About Me) (My Profession) (News & Media) (Prayer Time)
(Visit Kelantan) (MIDI Collections) (Basic HTML) (Local Fruits) (Recipies (Home)
Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat
khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk
dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk
memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam
dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota
wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh
perkara :-
Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua
anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku
bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah
kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku
seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa
solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir
dengan baik.
Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku rukun dan
sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi
salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang
kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.